Rhythm Of Life

All the art of living lies in a fine mingling of letting go and holding on...

Apa yang ingin kamurang mau ubah dari diri kamu.?Penampilan kamu?, keperibadian diri kamu? atau hidup kamu?..
well .. sia percaya di sini banyak yang mengatakan dan memilih untuk mengubah penampilan. Penampilan fizikal!. yaa .why?. kerana zaman masa kini, ketidakpuasan peribadi ini menjadi yang paling umum/utama, baik perempuan atau lelaki.

Kalo kaum2 lelaki ini kan banyak yang mengatakan untuk berharap lebih tinggi, mau hensemlah. Dan Kalo orang pempuan mistilah mau raaamping punya.. slim ka ka..

Tapi sedarkan kamurang bhawa kecantikan dalam masyarakat kita kini merupakan kekuatan dan kekuatan ini mungkin berbahaya kalo ianya berada di dalam tangan- tangan yang belum matang..Naa…contohnyaa macan kawan sia si Marilyn Monroe ni.. Cantik. Lawa.. Sexy gilak.. Tapi sebenarnya dia mengalami kepahitan hidup dan kekecewaan akibat terlalu memuja tubuh yang dapat merosakan kepiribadianya itu. selain itu, si cantik2 comel loteh eni sering dikejar oleh lelaki yang ingin memanfaatkan kecantikannya.

Seperti yang kita sedia maklum dan tau.Kecantikan itu anugerah yang diberikan Tuhan kepada kita semua. dan kita semuaa adalah cantik di mataNYa. Tapi bila kecantikan itu menjadi mata wang yang diperlukan (mean dia mata yang yang paling berharga), i think ,there must be something wrong. Dan yang paling menyedihkan adalah kebanyakan mangsa2 korban ini dari ukuran harga diri manusia ini adalah anak-anak yang masih muda.. yang beluum lagi dapat mengerti, dan ia telah membuatkannya terlalu hijau untuk dapat mengimbangkan dan terlalu lemah untuk melawan.

Kesimpulanya disini adalah, jika kecantikan itu tidak diimbangi dengan skala dan beratnya dengan betul.. pasti ukuran harga diri dengan skala kecantikan itu adalah salah dan sering menghancurkan kehidupan seseorang, baik yang memilikinya mahupun yang tidak.
Beauty is not everthing!

“Kalah!.. adu kalah lagi!.. Suda 5 kali kita kala ni! Apa mau jadi sama team kita ni. Butul2 bikin kaciwa oh sia gini.. 6 perlawanan.. 1 jaak menang!.. apa macam ni!.”kata jurulatih dengan napa geram.

Well.. gi2 lah bh 2 tompinai2 sekalian.. Adat perlawanan dan permainan..
Ada kalah..dan yang ada menang. Tapi , ada jua orang bilang, biar kalah, yang penting semangat bah. Tapi semangat-semangat dan slogan2 jak yang lebih2, hasilnya isok..hasilnya xda yang nampak. Hanya nampak di kaca tv jak la. Tp mau pegang2 inda dapat!.

Harapan... Demi Harapan yang mengunuuung sahaja..tapi bialaah mau rasa ?...
.
Tapi yang bikin butel2 kaciwa ni.. bukan k’pada mereka2 membuat kesilapan yang sama berulang kali. Tapi diorang ni langsung tidak belajar apa-apa.
Orang bilang kita sikarang ni berada di era profesional, maksud dia apa saja tindakan kita semua perlu berstatus professional bah. Tetapi anehnya, sikap, pemikiran, tindakan dan hasil kerja diorang masih di tahap amatur!

Kita semua memang sejak kecik2 dlu diajar agar sentiasa bersabar di dalam segala hal. Tapi ini bukan berbererti diorang membiarkan kitaorang di peranaktirikan, di perkecil2 kan.

Fight it!! Fight it!! Bukan bermaksud kitaorang mahu bergaduh bah ni. Tidak! . Tapi, kitaorang berhak untuk menjaga martabat dan maruah diri kitaorang ni bah. Lagi pun, kitaorang ni juga bertanggungjawab untuk mempertahankan diri dan menerangkan yang butul2 bah. K’rna. jika kitaorang ni tidak bersuara, nt diorang anggap yg diorang saja yang butul.

Oleh e2, ianya perlu dibetulkan. Agar diorang2 ni paham serta mengerti kitaoang. Macan saling paham memahami gi2 ..Tapi Kitaorang disini2 ni , tidak bermaksud memandai2 bah, tapi jika kitorang2 eni tidak perbetulkan diorang2 eni, nanti takut diorang akan sesat dan salah pengertian terhadap kitaorang. kan!

Tompinai2 sekalian … Jika kitaorang dan diorang benar-benar percaya pada Tuhan. Dan percaya Tuhan mengerjakan segala sesuatu untuk kebaikan kita semua, maka .. salah satu cabaran yang besar bagi kita semua adalah untuk mengizinkan pengalaman yang sukar,yang pengalaman banyak tangisan2 e2 menjadi cigu (guru) kita semua dalam perjalanan kehidupan. K! Cauuuu…

I do ” 2 perkataan yang mempunyai makna yang dalam dan luas. Kalo dalam Gereja time perkahwinan, ini word “ I do” melambangkan kerelaan seseorang insan yang dipanggil laki dan pompuan utuk masuk dalam satu perhubungan yang istimewa, dan untuk menjanjikan cinta serta kasih sayang kepada satu sama lain. Hubungan diorang nt ini bukan sesuatu yang ringan2 dan terburu2. tapi diorang harus menyepadan kan diri mereka masing2 dan bersedia menghadapi cabaran dalam kehidupan berkeluarga nt gia.

Hmm.. Kalo dipikir bad2 kahwin ini bukan senang ..Zaman sikarang lg. Atukaii..banyak betul orang yang bercerai sini sana...bukan saja D holloywod dan D bolloywood tapi malaysiaaawood pun banyak dah..macan tradisi pulak kn.. kahwin cerai, kahwin cerai.. tapi yang sengsara anak-anak. Well..apapun dalam perjalanan hidup c suami dan isteri e2 nanti memang gi2 lah bh 2. Banyak butul gangguan diorang akan dialami..jadi inda heran la kalo putus asa, kaciwaa,atau mau planing2 mau cerai2.. tapi e2 la bah cabaran.. manada hidup yang xda cabaran kn?..

Tapi kalo kamurang masi ingat kata2 Tuhan yang berbunyi “apa yang dipersatukan oleh Allah tidak boleh diceraikan oleh manusia”(Mat. 19:6-7) ,(Maleakhi 2:16) Naa. Kita piker2 la 2 ayat. Semua,baik dan buruk adalah bermula dalam keluarga tau. Oleh e2, adalah penting utuk c suami dan isteri sedar akan hal ini .k! dan kepada yang uda jadi ibubapa e2, mereka lah bh e2 pendidik pertama dan utama..isok nadi( tiadaa sape) yang dapat memainkan peranan mereka.

Dan kita jua sedia maklum yang tiada sesuatu pun bersifat kekal!..sma jua perangai pasangan isteri dan suami, mereka ni pun pasti akan berubah kan. Oleh e2, kitaorang must 2 be updated, maksudnya di sini bukan tukar2 pesen ( fashion ) rambur or baju yang updated. Tapi kitaorang perlu sentiasa dapat menerima perubahan dari masa ke semasa..kalo perut buncit, rambut guggur dan beruban,kulit kendur, bintik2 la,Cepat panat lagi.. well..naa bergi2 lah bh 2 mau tua2 uda..tapi e2 jak lah, slalu lah kitaorang ingat e2 salah satu janji perkahwinan gereja kita.. “tetap setia baik dalam suka mahupun duka, miskin atau kaya” k..cewahhh..


I also wana take this kind of opportunite 2 wish my fren jackqueline yang bru2 jak kahwin.hehe. Wish u the Happiness & Prosperity through your marriage. GOD Bless you! Amen!..hehe..


" KEBAHAGIAN bergantung pada apa yang dapat anda berikan dan bukan pada apa yang dapat anda terima" -mahatma Gandhi
" Marilah kita mengasihi bukan dengan perkataan atau lidah, tetapi dengan perbuatan dan kebenaran" -1 Yoh. 3:18

Najib says both states(sabah and sarawak) provided him the inspiration for 1Malaysia
Published on: Thursday, September 17, 2009


Sebagai seorang anak kandung di Sabah, saya terpanggil untuk berkongsi pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai contoh terbaik perpaduan 1Malaysia. Sia terfikir apa jua sebenarnya menjadi kekuatan orang-orang di Sabah dan Sarawak ini dan apa jua beza dengan di Semenanjung.

Hmm.. kalo kamurang lihat dan mengalami sendiri kehidupan di Sabah dan Sarawak. Kamurang akan melihat Sabah dan Sarawak ini mempunyai keunikanya yang tersendiri. Dan keunikannya kitaoang ini bukan sahaja kamurang lihat dengan adanya pelbagai budaya, lain2 bahasa( dialek) dan macam2 adat resam, tetapi di sini juga terdapat kepelbagaian agama dan ada jua yang tiada agama( pagan ).

Perpaduan di Sabah dan Sarawak ini memang telah lahir semulajadinya bermula sejak zaman kanak-kanak lagi sehinggalah kitaorang dewasa. Hubungan mesra kitaorang ini wujud dan membentuk jalinan persahabatan yang merentasi sempadan etnik dan agama. Misalnya, kitaorang yang dari kepelbagaian etnik dan agama ini bersama-sama bersekolah di sekolah yang sama dan seterusnya menjadi kitaorang rakan sepermainan dan menjadi kitaorang rakan sekelas yang mesra. Dan ternyata konsep “Sekolah wawasan” ini tidak gagal di malaysia ,malah ianya berjaya di Sabah dan Sarawak dan ianya tentu menjadi faktor yang menyumbang kearah mematangkan perpaduaan seseorang insan e2.

Perkawinan campur dan penempatan penduduk yang bercampur- aduk di sini juga telah menyumbang kepada perpaduan kitaorang. Kerana melalui kepelbagaian unik ini akan dapat memberikan ruang dan sikap keterbukaan yang sedia menerima antara satu dengan yang lain.

Selain itu, aktiviti seperti “Pesta Kaamatan(Sabah) Dan Pesta Gawai(Sarawak)”, “Tamu” dan “Aramaiiti”juga memberi kesempatan kepada kitorang untuk mengenali satu sama lain di samping mewujudkan kemesraan serta memupuk persefahaman. Selain dariapada menyediakan ruang interaksi ekonomi, ia juga turut menyediakan ruang pertemuan kitaorang dari pelbagai etnik dan agama di samping menjadi ruang menyebarkan maklumat.Dan Secara tidak langsung ianya memberi kitaorang kesempatan untuk berkenalan dan menonjolkan kebudayaan masing-masing.

Sebagai kesimpulanya, apa jua pujian, pengiktirafan dan ukuran yang diberikan kepada Sabah dan Sarawak tidak bermaksud kita lupa akan diri kita yang sebenarnya tetapi perkara yang lebih utama ialah bagaimana kitaorang bangsa Malaysia dapat memainkan peranan untuk memecahkan tembok kebencian, tembok pemisah masyarakat dan Negara...


Puji Tuhan! Syukur.. kerana dalam usia yang boleh dianggap matang, Malaysia telah melangkah dengan pantas samaada dari segi pertumbuhan ekonomi, modal insan, kuantiti rakyat (ramai orang la bh 2) mahupun pembangunan fizikal.

Dan Kita sebagai orang2 malaysia juga menyedari dan tahu bahawa yang Malaysia ini bukan suatu benua yang wujud di dunia tempat kita tinggal, tetapi kita adalah Malaysia! kita adalah Malaysia.Walaupuuun berbeza dalam pelbagai hal seperti bahasa, budaya dan tradisi, namun kita bersatu sebagai satu bangsa Malaysia. Realitinya kita juga sama-sama mengkongsikan nilai-nilai tradisi seperti cinta pada kesederhanan, dasar tanpa kekerasan, hormat pada kehidupan dan lain- lain melalui pelbagai kegiatan kelompok.(cth: aramaiiti!)

Dan apabila kita berkongsi dan mengrefsikan tentang social, budaya dan dismensi politik ,negara kita dan negara- negara yang lain. kita dapati bahawa kita sedang menghadapi reality yang suram. Di mana, kita dapat melihat ketidakadilan social, keganasan, perselisihan faham antara suku, pengangguran dan lain- lain sebagainya. Hanya sedikit sahaja orang yang menikmati segala keselesaan di dunia ini, sementara masyarakat lain, terpinggir , kekurangan makanan, hidup dengan rumah yang usang, buta huruf , keraja separuh mati dan tidak mendapat kuasa politik serta kurang nilai-nilai moral yang berjuang untuk hidup. Malah , kita juga menghadapi cabaran yang hebat di mana nilai-nilai keluarga mulai retak (gaduh saja!)serta tauladan- tauladan yang baik dari para pemimpin yang boleh digunakan sebagia contoh, idola dan role model sudah semakin berkekurangan( isok no di). Dan tidak ada satu pun yang harus memikul beban- beban ini semua.
Oleh e2, Kita semua perlu melihat, menilai dan melakukan sesuatu agar kita dapat hidup bahagia, produktif dan membuat hidup ini berguna untuk dihidupi. dan adalah sangat penting untuk kita mempertahankan nilai-nilai tradisi kita sebab keunikanya yang wujud dalam masyarakat orang-orang Malaysia.huh!!so amazing!Oleh e2, adalah menjadi kewajipan kita untuk slalu menyemai dan menanam nilai- nilai tersebut agar kita dapat membawa perpaduan kepada semua rakyat di Malaysia dan merata Dunia. Amen!


16 September merupakan HARI MALAYSIA, di mana pada 16 September 1963, Sabah, Sarawak dan Singapura telah bergabung dengan Tanah Melaya untuk membentuk MALAYSIA. Walaupun Singapura kemudiannya “dikeluarkan” oleh Tunku Abdul Rahman pada 1965, namun, MALAYSIA kekal sebgai sebuah kerajaan PERSEKUTUAN. Ramai yang berpendapat dan beranggapan bahawa, Sabah dan Sarawak mendapat KEMERDEKAAN setelah menyertai MALAYSIA. Inilah “masalah”nya kerana generasi muda tidak didedahkan dengan FAKTA SEBENAR sejarah.


Perlu diingatkan, SABAH dan SARAWAK telah terlebih dahulu MERDEKA daripada jajahan BRITISH sebelum menyertai MALAYSIA. Sabah MERDEKA pada 31 Ogos 1963, manakala Sarawak MERDEKA lebih awal pada 22 Julai 1963. Pada ketika itu, kedua-dua pemimpin kerajaan Sabah dan Sarawak sedar, SABAH dan SARAWAK tidak boleh menyertai MALAYSIA jika masih BELUM MERDEKA. Jika tidak, HAK-HAK rakyat tempatan tidak akan dapat dipertahankan. Mungkin ada yang bertanya, mengapa SABAH dan SARAWAK hendak menyertai MALAYSIA jika sudah pun MERDEKA daripada BRITISH?


Sebabnya adalah ringkas, kerana pada waktu itu, SABAH dan SARAWAK menerima tekanan luar yang cukup kuat untuk “mengambil” Sabah dan Sarawak. Sabah pada ketika itu dituntut oleh FILIPINA manakala, Sarawak pula dituntut oleh INDONESIA. Sebab itulah, ketika MALAYSIA terbentuk, Indonesia melancarkan kempen “GANYANG MALAYSIA”. Justeru, perlu diingatkan bahawa, kemasukan SABAH dan SARAWAK ke dalam MALAYSIA ketika itu, juga bukanlah atas dasar menjadi “sebahagian” negeri-negeri MALAYSIA seperti sekarang, tetapi adalah sebagai sebuah kerajaan persekutuan. Contohnya lebih kurang macam di U.S., di mana kita seolah-olah memiliki tiga kerajaan yang disatukan sebagai sebuah KERAJAAN PERSEKUTUAN (Tanah Malaya, Sabah & Sarawak).


Itulah sebabnya, Sabah mempunyai syarat 20 PERKARA dan Sarawak pula mempunyai syarat 18 PERKARA ketika menyertai Malaysia. Tujuan syarat-syarat ini adalah untuk memastikan hak rakyat tempatan Sabah dan Sarawak adalah terjamain dan tidak diganggu gugat oleh Tanah Malaya. Selain itu, jika dilihat kepada struktur pemerintahan negeri, SABAH dan SARAWAK merupakan hanya dua negeri di Malaysia yang menggunakan Sistem Kabinet Menteri dalam pentadbiran kerajaan negeri. Oleh itu, adalah jelas di sini bahawa, SABAH dan SARAWAK hanyalah BERSEKUTU dengan kerajaan Tanah Malaya untuk membentuk MALAYSIA, dan bukannya menjadi sebahagian negeri di dalam Malaysia. Sabah boleh!!

About Me

My photo
i'm just a simple guy, living in a complicated world with a thought of a different sense of viewing the rhythm of life...

my bloggies' comments