Rhythm Of Life

All the art of living lies in a fine mingling of letting go and holding on...


16 September merupakan HARI MALAYSIA, di mana pada 16 September 1963, Sabah, Sarawak dan Singapura telah bergabung dengan Tanah Melaya untuk membentuk MALAYSIA. Walaupun Singapura kemudiannya “dikeluarkan” oleh Tunku Abdul Rahman pada 1965, namun, MALAYSIA kekal sebgai sebuah kerajaan PERSEKUTUAN. Ramai yang berpendapat dan beranggapan bahawa, Sabah dan Sarawak mendapat KEMERDEKAAN setelah menyertai MALAYSIA. Inilah “masalah”nya kerana generasi muda tidak didedahkan dengan FAKTA SEBENAR sejarah.


Perlu diingatkan, SABAH dan SARAWAK telah terlebih dahulu MERDEKA daripada jajahan BRITISH sebelum menyertai MALAYSIA. Sabah MERDEKA pada 31 Ogos 1963, manakala Sarawak MERDEKA lebih awal pada 22 Julai 1963. Pada ketika itu, kedua-dua pemimpin kerajaan Sabah dan Sarawak sedar, SABAH dan SARAWAK tidak boleh menyertai MALAYSIA jika masih BELUM MERDEKA. Jika tidak, HAK-HAK rakyat tempatan tidak akan dapat dipertahankan. Mungkin ada yang bertanya, mengapa SABAH dan SARAWAK hendak menyertai MALAYSIA jika sudah pun MERDEKA daripada BRITISH?


Sebabnya adalah ringkas, kerana pada waktu itu, SABAH dan SARAWAK menerima tekanan luar yang cukup kuat untuk “mengambil” Sabah dan Sarawak. Sabah pada ketika itu dituntut oleh FILIPINA manakala, Sarawak pula dituntut oleh INDONESIA. Sebab itulah, ketika MALAYSIA terbentuk, Indonesia melancarkan kempen “GANYANG MALAYSIA”. Justeru, perlu diingatkan bahawa, kemasukan SABAH dan SARAWAK ke dalam MALAYSIA ketika itu, juga bukanlah atas dasar menjadi “sebahagian” negeri-negeri MALAYSIA seperti sekarang, tetapi adalah sebagai sebuah kerajaan persekutuan. Contohnya lebih kurang macam di U.S., di mana kita seolah-olah memiliki tiga kerajaan yang disatukan sebagai sebuah KERAJAAN PERSEKUTUAN (Tanah Malaya, Sabah & Sarawak).


Itulah sebabnya, Sabah mempunyai syarat 20 PERKARA dan Sarawak pula mempunyai syarat 18 PERKARA ketika menyertai Malaysia. Tujuan syarat-syarat ini adalah untuk memastikan hak rakyat tempatan Sabah dan Sarawak adalah terjamain dan tidak diganggu gugat oleh Tanah Malaya. Selain itu, jika dilihat kepada struktur pemerintahan negeri, SABAH dan SARAWAK merupakan hanya dua negeri di Malaysia yang menggunakan Sistem Kabinet Menteri dalam pentadbiran kerajaan negeri. Oleh itu, adalah jelas di sini bahawa, SABAH dan SARAWAK hanyalah BERSEKUTU dengan kerajaan Tanah Malaya untuk membentuk MALAYSIA, dan bukannya menjadi sebahagian negeri di dalam Malaysia. Sabah boleh!!

10 comments:

hmmm....sejarah tu geng....i'm not good with history..but nice info...ekkekek

saya suka dgn sejarah..boleh tak saya copy info sejarah ni..

Jelas dan mudah di fahami. Thanx. Aku copy paste untuk anak2 di fb ok? Biar dorang faham sejarah sebenar. Akan ku copy paste together with the link. Thanx.

hi..i really want to know what is the content of 18 points for sarawak to joint malaysia..

SOo intresting.....i like hstory

Perkara 20 yang dituntut tiada tanda tanda sabah mengekalkan negaranya ataupun menuntut menjadi sebuah negara
Ada beberapa perkara yang perlu dikekalkan ataupun dituntut untuk membuktikan sabah kekal ataupun menuntut sebuah negara
Pertahanan
Tiada satupun negara di dunia ini yang tak mempunyai tentera darat laut udara tetapi tidak disebut langsung dalam perkara 20
Matawang
Kalau malaysia RM bagaimana pula menyebut matawang sabah itupun tak disebut langsung dalam perkara 20
KAWASAN PARLIMEN
Tiada negara di dunia ini jumlah kerusi parlimennya dikira bersama dengan negara lain
KAD PENGENALAN
Tiada negara di dunia ini kad pengenalannya sama dengan negara lain itupun tak disebut langsung dalam perkara 20.

Walaupun secara umum kita menyebut sabah sebuah negara tetapi dalam tuntutan dalam perkara 20 ia menjurus kepada tuntutan sebuah negeri bukannya sebuah negara.

Adoiiii...ni admin belajar sejarah enda habis oowww.otak sempti.

Mmg perjanjian asal ant britsh, sabah, sarawak,singapo d london telah menetapkan pembantukan malaysia ialah 31 ogos 63 sekali gus memberi kemerdekaan kpd semua yg menyertai malaysia. INGATTTTT.... badan dunia PBB tidak pernah mengistiharkan tarikh 31 ogos sbg tarik kmerdekaan dan pembentukan malaysia kerana ianya telah ditanggukan kerana kajian semua terhadap suruhanjaya colbod. Adoiiiiiii buka buku balik laaa admin.

Admin sila baca laporan PBB yg d buat olh Lawrence MicMore 5 spt 1963. Hanya PBB yg boleh membuat pengistiharan kemerdekaan sesebuah negara d dunia ini.Baca n faham knp pengistiharan kemerdekaan sabah d buat pd 16 Sept. dan BUKAN 31 Ogos 63.

patut la moto negara "BERSEKUTU BERTAMBAH MUTU" persekutuan antara 3 negara yang bergabung di dalamnya.

Post a Comment

About Me

My photo
i'm just a simple guy, living in a complicated world with a thought of a different sense of viewing the rhythm of life...

my bloggies' comments