Rhythm Of Life

All the art of living lies in a fine mingling of letting go and holding on...


Puji Tuhan! Syukur.. kerana dalam usia yang boleh dianggap matang, Malaysia telah melangkah dengan pantas samaada dari segi pertumbuhan ekonomi, modal insan, kuantiti rakyat (ramai orang la bh 2) mahupun pembangunan fizikal.

Dan Kita sebagai orang2 malaysia juga menyedari dan tahu bahawa yang Malaysia ini bukan suatu benua yang wujud di dunia tempat kita tinggal, tetapi kita adalah Malaysia! kita adalah Malaysia.Walaupuuun berbeza dalam pelbagai hal seperti bahasa, budaya dan tradisi, namun kita bersatu sebagai satu bangsa Malaysia. Realitinya kita juga sama-sama mengkongsikan nilai-nilai tradisi seperti cinta pada kesederhanan, dasar tanpa kekerasan, hormat pada kehidupan dan lain- lain melalui pelbagai kegiatan kelompok.(cth: aramaiiti!)

Dan apabila kita berkongsi dan mengrefsikan tentang social, budaya dan dismensi politik ,negara kita dan negara- negara yang lain. kita dapati bahawa kita sedang menghadapi reality yang suram. Di mana, kita dapat melihat ketidakadilan social, keganasan, perselisihan faham antara suku, pengangguran dan lain- lain sebagainya. Hanya sedikit sahaja orang yang menikmati segala keselesaan di dunia ini, sementara masyarakat lain, terpinggir , kekurangan makanan, hidup dengan rumah yang usang, buta huruf , keraja separuh mati dan tidak mendapat kuasa politik serta kurang nilai-nilai moral yang berjuang untuk hidup. Malah , kita juga menghadapi cabaran yang hebat di mana nilai-nilai keluarga mulai retak (gaduh saja!)serta tauladan- tauladan yang baik dari para pemimpin yang boleh digunakan sebagia contoh, idola dan role model sudah semakin berkekurangan( isok no di). Dan tidak ada satu pun yang harus memikul beban- beban ini semua.
Oleh e2, Kita semua perlu melihat, menilai dan melakukan sesuatu agar kita dapat hidup bahagia, produktif dan membuat hidup ini berguna untuk dihidupi. dan adalah sangat penting untuk kita mempertahankan nilai-nilai tradisi kita sebab keunikanya yang wujud dalam masyarakat orang-orang Malaysia.huh!!so amazing!Oleh e2, adalah menjadi kewajipan kita untuk slalu menyemai dan menanam nilai- nilai tersebut agar kita dapat membawa perpaduan kepada semua rakyat di Malaysia dan merata Dunia. Amen!

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
i'm just a simple guy, living in a complicated world with a thought of a different sense of viewing the rhythm of life...

my bloggies' comments