Rhythm Of Life

All the art of living lies in a fine mingling of letting go and holding on...

Najib says both states(sabah and sarawak) provided him the inspiration for 1Malaysia
Published on: Thursday, September 17, 2009


Sebagai seorang anak kandung di Sabah, saya terpanggil untuk berkongsi pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai contoh terbaik perpaduan 1Malaysia. Sia terfikir apa jua sebenarnya menjadi kekuatan orang-orang di Sabah dan Sarawak ini dan apa jua beza dengan di Semenanjung.

Hmm.. kalo kamurang lihat dan mengalami sendiri kehidupan di Sabah dan Sarawak. Kamurang akan melihat Sabah dan Sarawak ini mempunyai keunikanya yang tersendiri. Dan keunikannya kitaoang ini bukan sahaja kamurang lihat dengan adanya pelbagai budaya, lain2 bahasa( dialek) dan macam2 adat resam, tetapi di sini juga terdapat kepelbagaian agama dan ada jua yang tiada agama( pagan ).

Perpaduan di Sabah dan Sarawak ini memang telah lahir semulajadinya bermula sejak zaman kanak-kanak lagi sehinggalah kitaorang dewasa. Hubungan mesra kitaorang ini wujud dan membentuk jalinan persahabatan yang merentasi sempadan etnik dan agama. Misalnya, kitaorang yang dari kepelbagaian etnik dan agama ini bersama-sama bersekolah di sekolah yang sama dan seterusnya menjadi kitaorang rakan sepermainan dan menjadi kitaorang rakan sekelas yang mesra. Dan ternyata konsep “Sekolah wawasan” ini tidak gagal di malaysia ,malah ianya berjaya di Sabah dan Sarawak dan ianya tentu menjadi faktor yang menyumbang kearah mematangkan perpaduaan seseorang insan e2.

Perkawinan campur dan penempatan penduduk yang bercampur- aduk di sini juga telah menyumbang kepada perpaduan kitaorang. Kerana melalui kepelbagaian unik ini akan dapat memberikan ruang dan sikap keterbukaan yang sedia menerima antara satu dengan yang lain.

Selain itu, aktiviti seperti “Pesta Kaamatan(Sabah) Dan Pesta Gawai(Sarawak)”, “Tamu” dan “Aramaiiti”juga memberi kesempatan kepada kitorang untuk mengenali satu sama lain di samping mewujudkan kemesraan serta memupuk persefahaman. Selain dariapada menyediakan ruang interaksi ekonomi, ia juga turut menyediakan ruang pertemuan kitaorang dari pelbagai etnik dan agama di samping menjadi ruang menyebarkan maklumat.Dan Secara tidak langsung ianya memberi kitaorang kesempatan untuk berkenalan dan menonjolkan kebudayaan masing-masing.

Sebagai kesimpulanya, apa jua pujian, pengiktirafan dan ukuran yang diberikan kepada Sabah dan Sarawak tidak bermaksud kita lupa akan diri kita yang sebenarnya tetapi perkara yang lebih utama ialah bagaimana kitaorang bangsa Malaysia dapat memainkan peranan untuk memecahkan tembok kebencian, tembok pemisah masyarakat dan Negara...

3 comments:

ehehhehehhe

He just want some free sympatethic publicity ja tuh... ;)

gi2 la bh 2..mauu idupp. mcna jua kn..

Post a Comment

About Me

My photo
i'm just a simple guy, living in a complicated world with a thought of a different sense of viewing the rhythm of life...

my bloggies' comments